Monday 2 December 2013

NO TITLE YET ~

Note: watak-watak di bawah tiada kena-mengena dengan yang masih hidup. hanya gurauan semata-mata. bila boring, gini la jadinya.


KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!

Syahirah: Ya Allah, loceng ni pun, tak menyempat. aku nak mencekik pun tak senang.

Ain: Ikan bilis! waktu rehat dah habis. cepat ar sikit makan. mampus kita dengan cikgu Shidah kang kalau lewat masuk kelas dia.

Syahirah: Yelah, yelah! kejap ah.

DI KELAS:

Ain: Phew! nampaknya cikgu BM tidak dapat dikesan di mana-mana. jeng jeng jeng! di manakah keberadaannya sekarang?

Syahirah: Tu la aku dah cakap. kau ni menggelabah lebih ar. nasib baik aku tak tercekik tulang ayam tadi. kalau tak, hilang la seorang kawan kau yang comel lagi baik hati ni.

Ain: Macamlah kau sorang je kawan aku. aku ada berlambak lagi la. celah kuku aku je kawan-kawan aku ni.

Syahirah: Kurang hajar kau eh. *secubit cubitan di lengan dihadiahkan kepada Ain*

Ain: Kawan-kawan, ada ikan bilis mengamuk! *terkedek-kedek berlari ke tempatnya*

Zahida: Mana ikan bilis? dah lama aku mengidam nak makan ikan bilis ni!

Ain Tuuuuuu. *jarinya dituding kepada Syahirah yang bercekak pinggang. nafasnya ditarik dan dihela*

Zahida: Laaaa. ikan bilis basi rupanya. hmph.

Syahirah: *mata terbeliak* ya Allah,  tolonglah berikan kesabaran kepadaku.

Husna: Woi! aku tau la kau bercita-cita nak jadi model. bercekak pinggang bagai. aku sikit pun tak jeles okay?

Zahida: Model? *pandang Syahirah atas bawah* aku rasa awal-awal dia dah kena reject. tinggi sangat.

Syahirah: APA DOSA AKU KAT KORANG HAH?!

Tiga sekawan itu ketawa gembira melihat wajah Syahirah yang merah padam. sempat lagi tu.

KRINGGGGGGGGGGGGGGGG! (waktu balik)

Syahirah: Woi, Ain! sempat lagi kau buat kilang tahi mata eh. bila waktu Sejarah je kau tidur. eeee lap la air liur basi kau tu!

Ain: *menguap* eh guess what? aku mimpi kahwin dengan Mario Maurer! dia belikan aku cincin batu 17 karat. tahan lama sampai 13 keturunan. kau ada? Haha.

Syahirah: Pigidahhh! Zizan pun tak lepas. Mario Miurer konon.

Ain: Zizan tu layak untuk kau aje. besar kecik besar kecik je hidung dia aku tengok. ehhh kau sebut nama bakal hubby aku betul-betul eh. MAURER.

Syahirah: Bluweekk! teruslah hidup dalam alam fantasi kau tu. ewah ewah, kutuk retis kesayangan aku nampak. hidung Zizan tu satu dalam sejuta tau. aset paling berharga tu. Mario setakat muka hensem, tak ada gunanya.

Ain: At least dia hensem okay. jeles lettewww.

Zahida: Hellolololo! Jongkookie I paling macho okay? retis-retis korang ada ke muscle ketul-ketul macam dia? cekeding je aku tengok.

Husna:What the fox? boleh tuli tau telinga aku dengar korang bertekak tiap-tiap hari. kalau pasal benda yang berfaedah tak apa la jugak.

Zahida: Sayang ni janganlah marah. jeles eh I cakap pasal Jongkook?bukan youuuu.

Husna: Atototo mana ada la, awak. hikhik.

Syahirah: eh eh, kenapa tangan aku rasa macam gatal semacam je. rasa macam nak tampar seseorang je. eh.. dua orang.

Husna: Kau jangan... aku panggil budak kelas sebelah kang. suruh control sikit angin kau ni.

Nazrul: Sapa yang sebut-sebut nama aku ni?

Syahirah: Tak ada sapa-sapa! pegi bal......

Husna, Zahida, Ain: SYAHIRAHHHH!

Nazrul: Laaa, kenapa sayang? jangan la marah-marah. darah tinggi kang.

Syahirah: Arghhhh! korang semua go die please!

Semua kecuali Syahirah: HAHAHAHAHAHAHA! *buka langkah seribu*

Saturday 13 July 2013

Dahulu , Amir memang dikenali sebagai seorang yang pendiam tetapi bukanlah pemalu . Dia memperoleh keputusan yang baik dalam STPM dan berjaya memasuki salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur dalam bidang komunikasi massa . Semasa di IPTA inilah Amir merasakan berlaku perubahan besar ke atas dirinya . Mungkin dahulu tidak begitu ketara . Amir dapati sikap pemalunya semakin menjadi-jadi sekarang . Amir menggelabah apabila berada di dalam situasi yang menyebabkan dirinya menjadi perhatian orang ramai . Mukanya serta-merta menjadi merah padam . Dia berpeluh dengan kuat sehingga bajunya kelihatan jelas basah . Pernafasannya menjadi laju , sementara jantungnya pula berdegup kencang . Apabila bercakap aliran suaranya menjadi tersekat-sekat dan bunyinya pula kedengaran seperti terketar-ketar . Kerana itu Amir tidak hadir pada setiap hari pertama sesi kuliah pengajian baru untuk mengelak daripada terpaksa memperkenalkan diri di hadapan pensyarah baru dan kawan-kawan . Pada mulanya beliau menganggap perkara ini normal tetapi lama kelamaan Amir terpaksa ponteng kelas pula untuk mengelak daripada membuat pembentangan . Kawan-kawan pula mengelak dari membuat kerja berkumpulan bersamanya kerana tidak mahu mendapat markah yang rendah . Amir tertekan kerana sebelum ini dia merupakan seorang pelajar yang pintar . Perkara ini tidak pernah menjadi masalah semasa di sekolah menengah dahulu kerana di sana dia tidak perlu membuat pembentangan dan semua ilmu dipelajari melalui kaedah "spoon feed" .