Saturday, 13 July 2013
Dahulu , Amir memang dikenali sebagai seorang yang pendiam tetapi bukanlah pemalu . Dia memperoleh keputusan yang baik dalam STPM dan berjaya memasuki salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur dalam bidang komunikasi massa . Semasa di IPTA inilah Amir merasakan berlaku perubahan besar ke atas dirinya . Mungkin dahulu tidak begitu ketara . Amir dapati sikap pemalunya semakin menjadi-jadi sekarang . Amir menggelabah apabila berada di dalam situasi yang menyebabkan dirinya menjadi perhatian orang ramai . Mukanya serta-merta menjadi merah padam . Dia berpeluh dengan kuat sehingga bajunya kelihatan jelas basah . Pernafasannya menjadi laju , sementara jantungnya pula berdegup kencang . Apabila bercakap aliran suaranya menjadi tersekat-sekat dan bunyinya pula kedengaran seperti terketar-ketar . Kerana itu Amir tidak hadir pada setiap hari pertama sesi kuliah pengajian baru untuk mengelak daripada terpaksa memperkenalkan diri di hadapan pensyarah baru dan kawan-kawan . Pada mulanya beliau menganggap perkara ini normal tetapi lama kelamaan Amir terpaksa ponteng kelas pula untuk mengelak daripada membuat pembentangan . Kawan-kawan pula mengelak dari membuat kerja berkumpulan bersamanya kerana tidak mahu mendapat markah yang rendah . Amir tertekan kerana sebelum ini dia merupakan seorang pelajar yang pintar . Perkara ini tidak pernah menjadi masalah semasa di sekolah menengah dahulu kerana di sana dia tidak perlu membuat pembentangan dan semua ilmu dipelajari melalui kaedah "spoon feed" .
Subscribe to:
Comments (Atom)
